Selasa, 29 Disember 2009

Cara Menulis Huruf Kecil

Saya terjumpa sebuah laman web yang sangat berguna serta menarik untuk digunakan dalam p&p terutamanya untuk mengajar cara menulis huruf kecil.

Paparan dalam bentuk ppt ini boleh didapati daripada laman web berikut :

Banyak lagi bahan menarik boleh didapati daripada laman web ini.

Isnin, 28 Disember 2009

SELAMAT DATANG 2010 !!!

Tinggal 2 hari lagi untuk tahun 2009 berlalu meninggalkan kita. Bermakna 2010 pula akan menjengah. 2009 penuh dengan kisah suka dan duka. Terasa seperti baru semalam Januari 2009 tiba. Bermula dengan perpindahan ke sekolah sekarang, menggalas tugas sebagai guru pemulihan, kawan-kawan baru dan sebagainya. Walau apa yang dipelajari secara teori banyak bezanya dengan praktikalitinya, namun setelah setahun bersama tugas baru ini, ternyata ianya mempunyai keseronokan dan kepuasannya yang tersendiri.
Berjumpa dengan teman-teman sekelas sewaktu konvokesyen KPLI di Putrajaya mengubat rindu dan memberi ruang bertanya khabar. Apa khabar mereka sekarang ini agaknya ? 2009 juga penuh dengan kejutan. Paling mengejutkan apabila menerima surat temuduga spp pada 16 Mei dengan tarikh temuduganya adalah pada keesokan harinya !. Antara demam dan seram sejuk, akhirnya temuduga berjaya juga ditempuhi dengan baik. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi.
Kehilangan dua insan tersayang, abang long pada 17.10 dan nenek pada 21.12.2009 menyuramkan suasana 2009. Betapa kerdilnya kita manusia. Apabila telah sampai janji-Nya kematian itu akan datang; tidak lambat atau cepat walau sesaat. Semoga Allah menempatkan roh mereka berdua bersama dengan roh orang-orang yang beriman.
Selamat datang 2010. Azam tahun ini adalah kelas pemulihan lebih cantik, kaedah pengajaran lebih berkesan. Harap-harap kursus mengajar menggunakan Kaedah Fonik yang dihadiri dapat diaplikasikan di dalam kelas pada tahun 2010 nanti. Matlamat : 3 bulan murid boleh membaca. Insya Allah dan Amin Ya Rabbalalamin.

Jumaat, 20 November 2009

cuti sekolah

semalam 20.11.2009, semua sekolah akhirnya memulakan cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan 2009. Sepanjang minggu ini, semua guru sibuk dengan pelbagai tugas yang perlu disiapkan. Antaranya Hari Anugerah Cemerlang, Jamuan Akhir Tahun, isi,lengkap dan hantar buku rekod, register dan sebagainya. Dan paling penting sekali, result UPSR yang diumumkan pada hari Khamis lalu. Ada pelbagai wajah dan gaya murid, ibu bapa waima guru yang boleh dilihat setelah mengetahui keputusan masing-masing. Yang dapat 5A senyumnya lebar hingga ke pipi. Tak kurang juga yang menangis kegembiraan kerana penat lelah dan usaha selama ini berbaloi jua akhirnya. Bagi yang tak mendapat apa yang diimpikan tentunya, segala macam persoalan menjelma... di mana salah dan silapnya. Apapun, buat semua tahniah di atas kejayaan yang di raih dan buat yang tidak mendapat apa yang diimpikan, jangan bersedih. Ini baru permulaan dan jauh lagi perjalanan yang perlu dilalui. Gagal hari ini bukan penamat segala-galanya.

Khamis, 5 November 2009

Gelombang kedua H1N1

Kebelakangan ini, berita tentang H1N1 semakin kurang didengar. Tertanya-tanya juga adakah ianya sudah berakhir. Tetapi apabila membaca berita tentang gelombang keduanya, datanglah balik rasa gerunnya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa Pasukan pemantau selesema babi (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itui. Pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.Jumlah kes H1N1 pada masa kini berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes. Berikut adalah berita dari http://h1n1.moh.gov.my/

ituasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 5 November 2009, jam 9.00 pagi)
 
Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77
Dalam tempoh seminggu yang lepas (25-31 Oktober 2009) seramai 255  pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara itu 213kes telah discaj. Pada 31 Oktober 2009 (hari terakhir minggu epid 43/2009), jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 446 kes di 49 buah hospital termasuk 2 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang masih dirawat iu, hanya 11 pesakit atau 3% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.
Dalam tempoh yang sama juga, seramai 7 pesakit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapatkan rawatan lanjut,  manakala itu, 3 pesakit telah discaj dari Unit Rawatan Rapi.  Pada 31 Oktober 2009, 4 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 3 dari 4 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah 5 tahun (2 kes) dan morbid obesiti (1 kes) .
Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan di Malaysia sepanjang minggu lepas dan jumlah kematian masih kekal 77 orang.

Bola Sepak - Kelantan Vs NS



Sebenarnya, saya ni tak minat tengok bola tetapi selepas mendengar nama Kelantan yang sering disebut-sebut kebelakangan ni, tetiba semangat nak mengikutinya membuak-buak. Biarlah dikatakan semangat kenegerian tapi 'ambo banggo denge pasuke kelate loni'. Tambah-tambah selepas jurulatih Perlis (kalau tak silapnya) kata dia rasa macam berada di England je apabila melihat penyokong bola sepak Kelantan, kembang hidung sampai ke telinga gak saya. Bangga sungguh.
Tapi yang tak sedapnya, sikap penyokong sekarang yang dah nak jadi ala-ala demo yang luar negara tu jugak. Baling mercun, bakar itu ini, bergaduh dan baling macam-macam; tak seronoklah pulak. Harap-harap perlawanan di Bukit Jalil tak berlaku benda-benda macam ni. SOkonglah pasukan masing-masing dengan berhemah. Paling penting dalam perlawanan tak akan ada dua pasukan yang menang. Mesti ada yang akan kalah. Terimalah seadanya. Hidup Kelantan. 'Gomo kelate gomo'.

Ujian Standard Pelepasan Fasa 3 PeT 2009

USP 3 telah dijalankan bermula 2 - 6 November 2009. Seramai 11 murid menduduki ujian ini manakala 2 orang murid tidak pernah hadir ke sekolah selepas tamat PKSR hari tu. Selepas disemak-semak daripada 11 ini 7 orang murid telah melepasi wajaran dan akan dikembalikan ke kelas perdana semula. Daripada pemerhatian, murid-murid saya ini agak lemah dengan sukukata tertutup. Yang lain-lain termasuklah vokal berganding dan konsonan bergabung, mereka boleh pulak. Jenuh saya menyebut bunyi huruf tu, rrrrrr, ssssss dan sebagainya tapi tak dapat jugak.
Baru-baru ini ada pamplet tentang Kursus Mengajar Menggunakan Kaedah Fonik anjuran Pusat Pendidikan Masteri, Ipoh. Teringin nak pergi kot-kotlah boleh digunakan untuk mengatasi masalah sukukata tertutup. Tapi sampai hari ni belum daftar lagi. Tengah menyelesaikan beberapa perkara dulu. Bagus juga course ni rasanya.
Tahun depan pula, tahun 2 petang jadi kenalah 'dua alam' lagi. Datang pukul 11 balik 4 petang. 

Rabu, 21 Oktober 2009

Pahala yang berterusan?

Bagaimanakah caranya, kita yang masih hidup ini boleh membantu mereka yang telah pergi agar pahala terus di terimanya?. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 

Anas r.a. pula berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 
Amalan-amalan lainnya :

  1. Berdoa untuknya. Surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.
  2. Membayar Hutang Puasa Untuknya samada dengan membayar fidyah atau berpuasa untuknya.Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqadha puasanya itu?"
    Baginda menjawab: "Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan.
    (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari) 
  3. Membayar hutangnya semasa masih hidup.
  4. Amalan baik anaknya sendiri.




Rabu, 14 Oktober 2009

BBM Pemulihan Khas.

Saya ada memuatnaikkan beberapa bahan BBM untuk pemulihan khas. Ia sekadar perkongsian maklumat dari guru pemulihan khas baru yang sekiranya bermanfaat bolehlah dimuat turun dan pastinya maaf andai ada kurang dan celanya.
http://www.scribd.com/ZULANIZA

Adakah murid kita Disleksia ?

Minggu depan semua gpkhas daerah ini akan menghadiri bengkel P&P Murid Disleksia. Sebagai guru baru, ini adalah antara yang ingin saya ketahui dengan mendalam. Tambahan pula ada di antara anak murid yang mempunyai 'keistimewaan' yang unik berbanding kawan-kawan seusia mereka. Misalnya, dia lancar dari segi membaca. Tetapi sangat bermasalah apabila diminta menulis. Dia akan mengambil masa terlalu lama untuk menulis sesuatu huruf atau perkataan; menyalin huruf secara terbalik dan paling saya musykilkan dia sukar mengira. Apabila diminta mengira jarinya, dia akan kata jarinya 4 lepas tu 5 lepas tu 6 dan apabila di minta memberi satu jawapan yang dia rasa dia pasti, dia akan jawab "7 cikgu". Adakah itu dikatakan disleksia. Saya kurang pasti dan berharap bengkel ini memberikan saya satu kepastian dan paling penting apakah langkah terbaik untuk membantu mereka ini. 


Bagaimanapun melalui pembacaan sedikit sebanyak saya dapat memahami apakah disleksia ini. 


Apakah Disleksia




Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. 




Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada struktur otak.

Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata disleksia adalah disebabkan perbezaan otak memproses tulisan dan pertuturan.



Beliau berkata, tiada statistik mengenai disleksia di Malaysia namun dianggarkan antara empat hingga lapan peratus kanak-kanak pada usia persekolahan berhadapan dengan disleksia manakala kanak-kanak lelaki lebih cenderung berhadapan dengan masalah itu berbanding kanak-kanak perempuan. 




"Kanak-kanak disleksia bukan kanak-kanak lembam atau bodoh, mereka cuma kurang kemampuan dari segi pembelajaran. Namun, itu tidak bermakna mereka akan gagal dalam hidup. Mereka masih boleh belajar dan diajar dengan formula tertentu," katanya.




Dari sudut perubatan, disleksia dikaitkan dengan faktor genetik, namun tahap masalah pembelajaran bagi setiap kanak-kanak itu tidak sama. Ada penyelidik percaya komplikasi ketika hamil atau ketika melahirkan bayi menyebabkan sedikit kerosakan pada otak. 




Umumnya, kanak-kanak ini berhadapan dengan kesukaran belajar membaca dan mengeja. Otak mereka juga kurang berupaya menterjemah imej yang diterima daripada mata atau bunyi yang didengar telinga kepada bahasa yang difahami apabila dituturkan.

Biasanya kanak-kanak disleksia boleh mengeja dengan betul tetapi kedudukan perkataan itu tunggang terbalik atau tertinggal huruf vokal. Misalnya perkataan tiap-tiap ditulis sebagai tipa-tipa. Apabila guru menyebut 13, kanak-kanak disleksia akan menulis 31. Jika guru meminta mereka mengeja perkataan diam mereka menulis d i y a m, kalau disebut di - am, barulah ditulis diam.

Sariah berkata, disleksia kerap dikesan pada umur persekolahan. Selalunya ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri kecewa kerana gagal belajar membaca dan menulis dengan baik sehingga membawa kepada masalah kemurungan dan rendah diri.

Kegagalan itu menyebabkan mereka mula bermasalah bukan saja di sekolah tetapi di rumah. Apatah lagi jika ibu bapa atau guru tidak menyedari kanak-kanak terbabit sebenarnya berhadapan dengan disleksia.

Selain itu, ada kanak-kanak disleksia yang terjejas dari segi visual, misalnya gagal menulis huruf, nombor dan simbol dalam susunan yang betul. Dari segi pendengaran, mungkin ada yang sukar membezakan huruf atau kumpulan huruf manakala ada juga yang tidak boleh memegang atau mengawal pensil di genggaman menyebabkan mereka sukar menulis dengan betul.

Disleksia boleh terjadi pada peringkat yang sangat lemah (mild), sederhana atau teruk. Namun, perlu diketahui tiada ubat untuk menyembuhkan disleksia melainkan kesabaran dalam mengajar mereka, memberi mereka sokongan dan bantuan sedaya upaya.


Ciri-ciri kanak-kanak disleksia: 




Kanak-kanak pra sekolah

  • Lambat bercakap
  • Sukar membunyikan perkataan atau rima
  • Bermasalah dalam menulis nama sendiri
  • Sukar mempelajari perbezaan bentuk atau warna
  • Kurang upaya bercerita semula mengenai sesuatu kejadian






Kanak-kanak yang bersekolah

  • Gagal membuat kerja sekolah, membaca, menulis dan mengira
  • Tidak suka membaca buku atau mengelak untuk membaca dengan kuat dalam kelas
  • Cenderung menulis terbalik, misalnya 15 menjadi 51, perkataan tiap-tiap menjadi tipa-tipa
  • Kurang koordinasi misalnya sukar memakai tali kasut
  • Keliru dengan konsep masa, semalam, hari ini, esok
  • Sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan
  • Cenderung hilang peralatan sekolah.






Jenis disleksia:

  • Disleksia trauma - jarang ditemui dan selalunya terjadi kerana trauma pada bahagian otak yang mengawal keupayaan membaca dan menulis.
  • Disleksia permulaan - pesakit disleksia jenis ini sukar membaca, mengeja atau menulis. Diwarisi secara genetik dan lebih kerap ditemui pada kanak-kanak lelaki.
  • Disleksia sekunder - dipercayai berpunca pembentukan hormon ketika dalam kandungan.
Sumber : Berita Harian

Isnin, 28 September 2009

Cara nak upload dokumen Melalui Blog

Niat sebenar saya membuka blog ini adalah untuk berkongsi maklumat, bahan p&p dan apa sahaja bahan yang berguna sesama cikgu pemulihan khas  tetapi keterbatasan dari segi ilmu nak upload dan jadikan dokumen tu downloadable via this blog menyebabkan hasrat ini tertangguh. Sehinggalah saya terjumpa dengan apa yang ditulis dalam eriyza.via.my tentang hal ini. Saya berharap saudari eriyza mengizinkan saya menyalin apa yang ditulis beliau di sini untuk dikongsi dengan blogger baru seperti saya. Terima kasih. Di bawah ini adalah apa yang dituliskan beliau ;
1. Daftar akaun anda di Scribd.

2. Klik Upload, pilih dan muatnaik fail yang anda kehendaki. Antara format fail yang dibenarkan ialah doc, docx, ppt, pptx, pps xls, xlsx, pdf, ps, odt, odp, sxw, sxi, txt dan rtfTandakan kotak persetujuan termanya. Kemudian klik Upload Docs.

3. Di bahagian Describe Your Documents, anda boleh melengkapkan maklumat yang diminta mengikut kesesuaian. Seterusnya klik Save Changes.

4. Seterusnya skrol ke bawah sehingga ke bahagian Share This Document. Klik Copypada bahagian Embed Code.

5. Masukkan kod tadi ke dalam blog anda dengan menggunakan mod Edit HTML.

6. Preview dan Publish Post jika anda berpuashati dengan hasilnya.




AKaun SSPN

Walaupun dah lama sebenarnya teringin nak bukak akaun ni untuk dua anak tu, tapi semalam baru ia terlaksana. Kebetulan anak-anak dapat duit raya, so daripada membiarkan ia tersimpan di rumah sehingga kadang-kadang terguna jugak-walau ganti balik- lebih baik dimasukkan ke akaun ni. Antara maklumat lanjut yang saya dapat dari laman web www.ptptn.gov.my tentang akaun ini adalah ia boleh dibuat melalui potongan gaji. Jadi ia memudah dan menjimatkan masa selain potongannya secara tetap. Akaun ni boleh dibuka di ejen sspn. macam saya buka di Bank Islam. Ia juga memberikan pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM3000  setahun bagi simpanan untuk anak-anak, ada manfaat perlindungan insurans dan pampasan, dijamin oleh kerajaan dan mempunyai kadar dividen yang kompetitif.

Borang membuka akaun sspn sebenarnya boleh diprint dari laman web tersebut atau ambil terus di ejen sspn spt bank Islam, Agro Bank dll. Bagi tujuan potongan gaji pula, pemohon perlu mengisi borang kebenaran/penamatan potongan gaji bulanan di laman web yang sama juga.

Akaun SSPN

Ahad, 27 September 2009

Program Mari Mengeja.

Matlamat
Murid boleh mengeja dengan betul.

Strategi
1. Membuat latihan ejaan 3 kali dalam seminggu.
2. Menulis perkataan yang dilihat, mengeja dan menyebut.
3. Perkataan dieja dengan betul dicatat pada buku 555 dan disimpan untuk bacaan susulan.

Program Baca,Tulis dan Faham (BTF)

Matlamat
Semua murid boleh membaca, menulis dan memahami.

Sumber
Teks bacaan disediakan guru BM dan GPK secara bergred

Jangkamasa Program
Mac-November 2009

Strategi Pelaksanaan
1. Membaca bahan bacaan bergred 10 minit pada awal setiap sesi P&P.
2. Membuat latihan menulis perkataan berkonfigurasi.
3. Menjawab soalan pemahaman secara bergred daripada mudah ke sukar.

Modul-modul Digunakan

Antara modul yang digunakan:
1. Buku Panduan Pengurusan Pemulihan
2.Bacalah Sayang
3. Beginilah caranya .....sayang
4.Pantas Membaca
5.Cerdik Membaca
6.Modul Jaya Membaca

Perisian.
1. KACEMM
2.Selan Osni

Isnin, 14 September 2009

Kek Coklat Moist

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur
Cara : Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda biakrbonat dan baking powder di ayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan je) Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
sket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahan ( saiz loyang 8" x 8")
1 cawan koko van houten
1 kotak kecil susu coklat HL
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
semua bahan ini dimasak atas api kecil sehingga sebati.
3 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum
1 susu kecil baking paowder
1 susu kecil soda bikarbonat
sediki esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul telur hingga kembang. Masukkan vanilla dan tepung yang
diayak bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat. kemudian
masukkan coklat yang dimasak tadi. Sebelum dikukus, loyang hendaklah
ditutup dengan aluminium foil supaya air pengukus tidak menitik.
Akhir sekali kukus hingga masak selama 1 jam. Gerenti masak.

Selamat hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Ampun dipohon, maaf dipinta,
Terimalah ucapan pengganti diri,
Tanda ingatan walau tiada di mata.

Rabu, 2 September 2009

1 Malaysia

http://www.sa-free.org/?tag=1-malaysia
-diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Ke-6 sewaktu dilantik pada April 2009 lalu.
-Slogan ; Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan.
-8 Nilai / bahagian :

  1. Budaya kecemerlangan
  2. Ketabahan hati-hadapi cabaran
  3. Rendah hati-tawaduk/ tak perlu menunjuk
  4. Penerimaan
  5. Kesetiaan-pada tugas/pemimpin
  6. Meritokrasi-persaingan terbuka/pilih berdasarkan prestasi
  7. Pendidikan-prasyarat kejayaan/medium interaksi antara kaum
  8. Integriti-kebolehpercayaan, jujur dsb.
-Ringkasnya (CTRTSMPI-"SiTi Arti Sampai")
-maklumat lanjut layari www.1malaysia.com.my/

Selasa, 25 Ogos 2009

Antara Tips-tips berguna

1. Sentiasa semak status panggilan tmuduga-skrg2nya smggu skali slps 2 atau 3 bln buat permhnn. (sy dah rasa akibat tak semak ni .... seksa) -
2. Ikut perkembangan atau ambil tahu ttg perkara yang berlaku terutamanya isu-isu besar.
3. Tanya soalan-soaln yg sering disoal dgn kwn2 yg dah interview
4.Dokumen ptg sentiasa kemaskini dan ada/lgkap -bla diperlukan tak perlu lg tercari-cari
5.Layari laman web SPP utk dpt maklumat terkini ttg dokumen perlu dibawa, skop topik tmduga, faktor penilaian dsb.
6.berdoa, bertawakal

"berusaha, berdoa dan bertawakal."

soalan glamor

1.PIPP
2.KBSR
3.Falsafah Pddikan dan aplikasi dalam kelas.
4.1 malaysia
5.Lain-lain:

  • isu semasa-H1N1/ wabak penyakit spt chikugunya,meningitis,leptospirosis dll
  • kabinet malaysia terkini
  • Dsr peddikan kebangsaan- akta pddikan,kbsr dan kbsm
  • dsr negara- cth wawasan 2020
  • tonggak 12
  • perintah am
  • istilah dlm pddikan - Rimup=Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan,PROTIM,PPSMI, Sek.Bestari,KWAPM,sek kluster dll.
  • Pgthn ttg bidang tugas dan opsyen masing-masing
  • Kaedah pengajaran
  • Teori P&P dsbnya.
ksmplnnya, kena tahu serba sdkt ttg hal-hal smsa-pddikan,dlm / luar ngra.

TOPIK HANGAT 1 PIPP

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010


- Pembangunan menyeluruh 5 tahun dalam RMK-9


- 6 Teras strategik (BISJGP)
1.Membina negara bangsa
2.Membangunkan modal insan
3.Memperkasakan sekolah kebangsaan
4.Merapatkan jurang pendidikan
5.Memartabatkan profesyen perguruan
6.Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.


1. Bina Negara Bangsa
-via pendidikan,wujudkan warganegara glokal dan patriotik
-Cara:
         -perkasa BM
         -RIMUP
         -Akt. kokurikulum
         -Budi bahasa dan adab


2. Modal Insan
- murid berdisiplin, berakhlak dan ada jati diri
-kompeten ICT, inovatif


3.Perkasa SK
-SK sbg sek.pilihan masy.
-prasarana lgkp, guru terlth ,ada ICT


4. Rapatkan Jurang Pddkan
-Jurang lokasi/kaum/keupayaan murid
-kurangkan perbezaan & keciciran
-cara : tingkatkan prasarana l/badr,KWAPM, dll


5.Martabat guru
-maktab naik taraf kpd IPG
-Pmlhan calon guru di perketatakan-ada Mtest dll
-Kurikulum IPG berpusat


6. Lonjakkan kecmrlagn IP
- Sist.pddkan bertaraf dunia
-modal insan bo bersaing

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA !

 

Selamat menyambut tibanya bulan Ramadan buat semua umat Islam. Inilah bulan yang ditunggu-tunggu. Bulan yang padanya dipenuhi dengan keberkatan, rahmat dan keampunan.

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Rabu, 19 Ogos 2009

permata pintar ukm2

selepas ukm1 permatapintar dijalankan ari tu, minggu ni sekolah menerima kptsn. 11 org murid telah layak untuk menduduki ukm2. Ujian ini akan dijalankan esok 21 ogos 2009 dari pukul 8.30 pagi till 10 pagi; di blk komputer sekolah.. hopefully, semuanya berjln dengan lancar

Isnin, 10 Ogos 2009

Temuduga SPP

Alhamdulillah... setelah hampir 2 bulan berdebar menunggu result t.duga, hari ni dapatlah kptsannya. Syukur pada Allah...berjaya juga dpat 'diperakukan untuk lantikan tetap' tu. Inilah kata-kata keramat yang ditunggu sekian lama. Tak sesia bersengkang mata mengalahkan org nak spm ari tu. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu. Insya Allah segala amanah sebgi guru akan saya pikul sebaiknya walau apapun cabarannya.

Jumaat, 19 Jun 2009

Program permata pintar

Program ini sbnrnya nak cari mrd pintar cerdas di sekolah. Mrd kena buat IQ Test Online di www.permatapintar.com.my. Sdh le glbh ngan tduga spp. kena lak handle bnda ni. Taktau nak buat camana... bincang2... Last2 dpt idea. keluarkan surat utk parents assist anak diorang buat test ni dirmh-bg yg ada internet. Yang takde internet, mtk guru kelas plhkan mrd yg nmpk pandai sket dlm kelas dan buat ujian di sklah. Sklah ada 18 pc je. Due date 2 Julai. Mtk-mtkle berjln sprti dirancang

soalan-soalan tduga spp

banyak jugak yang ditanya.
1. latarbelakang
2.kbsr dan kptgnnya pada kelas pmlhan
3. PIPP dan aplikasi di sekolah
4. 1Malaysia
5. Inovasi dlm pgjrn
6. Klmhn guru bru dan apa nak buat utk atasi

Sy mmg jwb smua tapi tak taule... betulke tak. Ya Allah takutnya.... PIPP 2 tlupa 1 terasnye apa . Itu yg rasa ralat tu. bukan setakat goreng; rebus, kukus, bakar segalanya ada. Ya Allah kurniakanlah pada ku kejayaan.... Amin...

Temuduga SPP

Bayangkan.... sya hnya mendpt srt panggilan tduga spp ni sehari seblm saya ditduga pada 18.o6.2008. Dlm keadaan cam katak bawah tempurung... saya tak tahu nak gmbrkan camana perasaan masa tu. cuti 2 minggu ari 2 mmg tak ambik tau lgsg psl berita apa2 pun. mmg takde apa yg saya tau. dlm keadaan mcm nak demam terus mtk kbnrn nak balik uruskan doku. nak bw utk tduga. drive plk dlm keadaan emosi tak stabil. mtk2 le penemuduga tak tanya soalan yang sy tak bo jwb. blk rmh ari2 dpr mmg tak berasap. bdn dah rasa cam sejuk panas. selongkar hbs segala nota dan buku. cam org nak spm pun ada. tak tau nak start baca apa. Terima kasih utk suami yang byk bg dorongan dan semangat walau dah last minute. Juga pd GB, akak2 kerani dan kwn2 guru yang bgitu supportive sekali. nasb baik sblm ni ada kmpl makl ttg soalan spot tduga ni. blh igt ke tak dah jad no 2 . yg ptg baca. ... takutnya Tuhan je yang tahu.... Ya Allah Ya Tuhanku kurniaakanlah padaku kejayaan dalam temuduga yang telah kulalui. Amin....
 
Copyright 2009 Everlasting Love.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree