semalam 20.11.2009, semua sekolah akhirnya memulakan cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan 2009. Sepanjang minggu ini, semua guru sibuk dengan pelbagai tugas yang perlu disiapkan. Antaranya Hari Anugerah Cemerlang, Jamuan Akhir Tahun, isi,lengkap dan hantar buku rekod, register dan sebagainya. Dan paling penting sekali, result UPSR yang diumumkan pada hari Khamis lalu. Ada pelbagai wajah dan gaya murid, ibu bapa waima guru yang boleh dilihat setelah mengetahui keputusan masing-masing. Yang dapat 5A senyumnya lebar hingga ke pipi. Tak kurang juga yang menangis kegembiraan kerana penat lelah dan usaha selama ini berbaloi jua akhirnya. Bagi yang tak mendapat apa yang diimpikan tentunya, segala macam persoalan menjelma... di mana salah dan silapnya. Apapun, buat semua tahniah di atas kejayaan yang di raih dan buat yang tidak mendapat apa yang diimpikan, jangan bersedih. Ini baru permulaan dan jauh lagi perjalanan yang perlu dilalui. Gagal hari ini bukan penamat segala-galanya.
0 comments:
Catat Ulasan