Selasa, 29 Disember 2009

Cara Menulis Huruf Kecil

Saya terjumpa sebuah laman web yang sangat berguna serta menarik untuk digunakan dalam p&p terutamanya untuk mengajar cara menulis huruf kecil.

Paparan dalam bentuk ppt ini boleh didapati daripada laman web berikut :

Banyak lagi bahan menarik boleh didapati daripada laman web ini.

Isnin, 28 Disember 2009

SELAMAT DATANG 2010 !!!

Tinggal 2 hari lagi untuk tahun 2009 berlalu meninggalkan kita. Bermakna 2010 pula akan menjengah. 2009 penuh dengan kisah suka dan duka. Terasa seperti baru semalam Januari 2009 tiba. Bermula dengan perpindahan ke sekolah sekarang, menggalas tugas sebagai guru pemulihan, kawan-kawan baru dan sebagainya. Walau apa yang dipelajari secara teori banyak bezanya dengan praktikalitinya, namun setelah setahun bersama tugas baru ini, ternyata ianya mempunyai keseronokan dan kepuasannya yang tersendiri.
Berjumpa dengan teman-teman sekelas sewaktu konvokesyen KPLI di Putrajaya mengubat rindu dan memberi ruang bertanya khabar. Apa khabar mereka sekarang ini agaknya ? 2009 juga penuh dengan kejutan. Paling mengejutkan apabila menerima surat temuduga spp pada 16 Mei dengan tarikh temuduganya adalah pada keesokan harinya !. Antara demam dan seram sejuk, akhirnya temuduga berjaya juga ditempuhi dengan baik. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi.
Kehilangan dua insan tersayang, abang long pada 17.10 dan nenek pada 21.12.2009 menyuramkan suasana 2009. Betapa kerdilnya kita manusia. Apabila telah sampai janji-Nya kematian itu akan datang; tidak lambat atau cepat walau sesaat. Semoga Allah menempatkan roh mereka berdua bersama dengan roh orang-orang yang beriman.
Selamat datang 2010. Azam tahun ini adalah kelas pemulihan lebih cantik, kaedah pengajaran lebih berkesan. Harap-harap kursus mengajar menggunakan Kaedah Fonik yang dihadiri dapat diaplikasikan di dalam kelas pada tahun 2010 nanti. Matlamat : 3 bulan murid boleh membaca. Insya Allah dan Amin Ya Rabbalalamin.
 
Copyright 2009 Everlasting Love.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree