Rabu, 21 Oktober 2009

Pahala yang berterusan?

Bagaimanakah caranya, kita yang masih hidup ini boleh membantu mereka yang telah pergi agar pahala terus di terimanya?. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) 
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) 

Anas r.a. pula berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. 
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. 
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya. 
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. 
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya. 
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. 
Amalan-amalan lainnya :

  1. Berdoa untuknya. Surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.
  2. Membayar Hutang Puasa Untuknya samada dengan membayar fidyah atau berpuasa untuknya.Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqadha puasanya itu?"
    Baginda menjawab: "Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan.
    (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari) 
  3. Membayar hutangnya semasa masih hidup.
  4. Amalan baik anaknya sendiri.




0 comments:

Catat Ulasan

 
Copyright 2009 Everlasting Love.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree