Jumaat, 20 November 2009

cuti sekolah

semalam 20.11.2009, semua sekolah akhirnya memulakan cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan 2009. Sepanjang minggu ini, semua guru sibuk dengan pelbagai tugas yang perlu disiapkan. Antaranya Hari Anugerah Cemerlang, Jamuan Akhir Tahun, isi,lengkap dan hantar buku rekod, register dan sebagainya. Dan paling penting sekali, result UPSR yang diumumkan pada hari Khamis lalu. Ada pelbagai wajah dan gaya murid, ibu bapa waima guru yang boleh dilihat setelah mengetahui keputusan masing-masing. Yang dapat 5A senyumnya lebar hingga ke pipi. Tak kurang juga yang menangis kegembiraan kerana penat lelah dan usaha selama ini berbaloi jua akhirnya. Bagi yang tak mendapat apa yang diimpikan tentunya, segala macam persoalan menjelma... di mana salah dan silapnya. Apapun, buat semua tahniah di atas kejayaan yang di raih dan buat yang tidak mendapat apa yang diimpikan, jangan bersedih. Ini baru permulaan dan jauh lagi perjalanan yang perlu dilalui. Gagal hari ini bukan penamat segala-galanya.

Khamis, 5 November 2009

Gelombang kedua H1N1

Kebelakangan ini, berita tentang H1N1 semakin kurang didengar. Tertanya-tanya juga adakah ianya sudah berakhir. Tetapi apabila membaca berita tentang gelombang keduanya, datanglah balik rasa gerunnya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa Pasukan pemantau selesema babi (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itui. Pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.Jumlah kes H1N1 pada masa kini berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes. Berikut adalah berita dari http://h1n1.moh.gov.my/

ituasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 5 November 2009, jam 9.00 pagi)
 
Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77
Dalam tempoh seminggu yang lepas (25-31 Oktober 2009) seramai 255  pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara itu 213kes telah discaj. Pada 31 Oktober 2009 (hari terakhir minggu epid 43/2009), jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 446 kes di 49 buah hospital termasuk 2 hospital swasta. Daripada jumlah kes ILI yang masih dirawat iu, hanya 11 pesakit atau 3% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.
Dalam tempoh yang sama juga, seramai 7 pesakit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapatkan rawatan lanjut,  manakala itu, 3 pesakit telah discaj dari Unit Rawatan Rapi.  Pada 31 Oktober 2009, 4 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 3 dari 4 kes mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah 5 tahun (2 kes) dan morbid obesiti (1 kes) .
Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan di Malaysia sepanjang minggu lepas dan jumlah kematian masih kekal 77 orang.

Bola Sepak - Kelantan Vs NS



Sebenarnya, saya ni tak minat tengok bola tetapi selepas mendengar nama Kelantan yang sering disebut-sebut kebelakangan ni, tetiba semangat nak mengikutinya membuak-buak. Biarlah dikatakan semangat kenegerian tapi 'ambo banggo denge pasuke kelate loni'. Tambah-tambah selepas jurulatih Perlis (kalau tak silapnya) kata dia rasa macam berada di England je apabila melihat penyokong bola sepak Kelantan, kembang hidung sampai ke telinga gak saya. Bangga sungguh.
Tapi yang tak sedapnya, sikap penyokong sekarang yang dah nak jadi ala-ala demo yang luar negara tu jugak. Baling mercun, bakar itu ini, bergaduh dan baling macam-macam; tak seronoklah pulak. Harap-harap perlawanan di Bukit Jalil tak berlaku benda-benda macam ni. SOkonglah pasukan masing-masing dengan berhemah. Paling penting dalam perlawanan tak akan ada dua pasukan yang menang. Mesti ada yang akan kalah. Terimalah seadanya. Hidup Kelantan. 'Gomo kelate gomo'.

Ujian Standard Pelepasan Fasa 3 PeT 2009

USP 3 telah dijalankan bermula 2 - 6 November 2009. Seramai 11 murid menduduki ujian ini manakala 2 orang murid tidak pernah hadir ke sekolah selepas tamat PKSR hari tu. Selepas disemak-semak daripada 11 ini 7 orang murid telah melepasi wajaran dan akan dikembalikan ke kelas perdana semula. Daripada pemerhatian, murid-murid saya ini agak lemah dengan sukukata tertutup. Yang lain-lain termasuklah vokal berganding dan konsonan bergabung, mereka boleh pulak. Jenuh saya menyebut bunyi huruf tu, rrrrrr, ssssss dan sebagainya tapi tak dapat jugak.
Baru-baru ini ada pamplet tentang Kursus Mengajar Menggunakan Kaedah Fonik anjuran Pusat Pendidikan Masteri, Ipoh. Teringin nak pergi kot-kotlah boleh digunakan untuk mengatasi masalah sukukata tertutup. Tapi sampai hari ni belum daftar lagi. Tengah menyelesaikan beberapa perkara dulu. Bagus juga course ni rasanya.
Tahun depan pula, tahun 2 petang jadi kenalah 'dua alam' lagi. Datang pukul 11 balik 4 petang. 
 
Copyright 2009 Everlasting Love.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree