Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURUKU

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selasa, 9 Mac 2010

permata pintar 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.
1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).
Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.
*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

* Maklumat lanjut, sila rujuk http://www.permatapintar.com.my/

Rahsia Tarikh Lahir Dr Fadzillah Kamsah

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Isnin, 8 Februari 2010

DOWNLOAD PEMULIHAN KHAS

Ini adalah beberapa file yang rasanya boleh membantu guru pemulihan atau bakal guru pemulihan khas.
1.  http://www.mediafire.com/file/lg4mdwmjw2d/Kaedah Bacaan.ppt
2.http://www.mediafire.com/file/yyj3mjwjmyn/Kemahiran mendengar dan bertutur.ppt
3.http://www.mediafire.com/file/nyttjjnlj2d/Pemulihan MT Objektif.doc
4.http://www.mediafire.com/file/jzznyhrzdmj/Pemulihan MT Esei.doc
GURU APAKAH KITA ?
Bakal guru mencari peluang.
Guru sandaran merebut peluang.
Guru biasa mengambil peluang.
Guru bermasalah mensia-siakan peluang.
Guru bermotivasi mengintai-intai peluang.
Guru kaunselor berbicara soal peluang.
Guru inovatif menukarkan masalah menjadi peluang.
Guru cemerlang meneroka peluang.
Guru gemilang memberi peluang.
Guru terbilang mencipta peluang.

Ahad, 7 Februari 2010

Kelasku 2010

Serelah setahun menerajui kelas ini, akhirnya inilah beberapa perubahan yang sempat dilakukan. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kelas ini terutamanya untuk mewujudkan kiosk pembelajaran yang sehingga kini asyik tertangguh perlaksanaannya.
 
Meja ini sebenarnya tidak digunakan lagi kerana menjadi tempat anak-anak muridku bersembunyi di bawahnya. 

Kiri : Bunga sakura.... Wall deco dibeli dan ditampal. Nak lukis tak pandai
Kanan : Abjad huruf kecil daripada polisterin. Jenuh buat sampai pukul 4 pagi baru siap. Masa tu tak tahu lagi yang ianya lebih mudah kalau dibuat dalam komputer, print, laminate dan tampal. Lebih menjimatkan masa. 


Sudut bacaan murid aka sudut bahasa. Perlu dikemaskini lagi untuk dijadikan kiosk bahasa sebab bercampur jugak dengan benda- lain.


Sudut matematik... carta buat sendiri.



Matahariku... jenuh memanjat nak tampal yang tinggi-tinggi ni.
..


Jumaat, 5 Februari 2010

Laman web resos mathematic

Saya terjumpa beberapa laman web yang boleh membantu dalam menyediakan latihan untuk matematik pemulihan. Antaranya adalah :
1.http://jmathworksheets.com/
2.www.softschools.com/grades/kindergarten.jsp
3.www.kidzone.ws/MATH/grade1.htm
4.www.mathworksheetwizard.com/kindergarten/

Ada antaranya menyediakan wizard untuk kita menentukan sendiri bentuk atau jenis soalan yang ingin dihasilkan dan ada juga yang telah tersedia untuk dicetak dalam versi pdf.
 
Copyright 2009 Everlasting Love.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree